Powered by Blogger.

Nak jadi Papa dan Mama vAngkat Cintaqu, Silalah Donate

Wednesday, October 12, 2011

Ultrascan 1st n 2nd time

0 comments
Dah lama papa tak update blog nie adalah dalam 2 minggu.

Minggu 7


Minggu 9

Saturday, September 24, 2011

Mama jangan lupa makan Ubat Asid Folik yang Doktor beri....

0 comments
Papa risau bila mama perlu diingatkan untuk makan ubat Asid Folik yang Doktor berikan. Memanglah ubat tue perlu ambil sehari sebiji. Tapi mama kadang lupa sampai mama dah tido papa perlu kejutkan untuk makan ubat.

Dibawah nie penerangan mengenai Asid Folik

Sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/asid-folik/

Mengapa asid folik diperlukan



Apakah asid folik?
Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 kubis brussels;
kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Menghitung hari untuk Ultrascan 1st time

0 comments
hari nie baru 25hb september 2011. Kalau diikutkan dalam buku jadual mama, Doktor suruh datang pada 29hb september nie untuk membuat ultrascan bagi memastikan keadaan baby dalam perut mama.

Macammana lah bentuk baby nanti. kita tunggu dan lihat.

Tuesday, September 20, 2011

Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

0 comments
Sumber: http://mengandung.com/semasahamil.html

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

Air kencing
Tekanan darah
Berat badan
Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)
Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

Air kencing
Tekanan darah
Berat badan
Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Pemakanan Semasa Mengandung

0 comments
sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Pemakanan/PemakananSemasaMengandung.php

Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :

Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?

6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
2-4 hidangan susu atau produk tenusu
3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
Vitamin A (hati, susu, telur)
Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
Vitamin C (jambu, betik dan limau)
Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?

'Lactose intolerance'
Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
Loya (Morning Sickness)
Makan pada waktu makan yang teratur.
Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
Minum banyak air.
Sakit ulu hati (Heartburn)
Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
Kunyah makanan dengan perlahan.
Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
Sembelit (Constipation)
Minum banyak air.
Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)

Monday, September 19, 2011

simtom-simtom mama mengandung

0 comments
sekarang nie menurut Doktor yang papa dan mama jumpa tadi bagitau kandungan baru dalam sebulan setengah. kiranya diambil dari tarikh akhir mama period iaitu 8 Ogos 2011.

sebenarnya sebelum pergi checkup dekat klinik, papa dah agak mama pregnant, so papa pun dok cakap kat perut mama "Anak papa ek kat dalam nie wat mama sakit perut", "Anak papa jangan nakal2 tau". tapi mama tak percaya. Mama sengeh jer bila papa cakap macam tue. Yelah belum dapat kepastian lagikan. So bila dah jumpa doktor, Alhamdulillah sakit yang mama alami disebabkan kehadiran mu didalam perut mamamu.

Oklah-oklah papa dok bebel pasal benda lain pula. Tajuk yang diberi simtom-simtom, so kena cakap simtom awalan mama laa ek.

Selalunyakan kalo papa dan mama pergi makan, mesti order untuk 2orang makan n mama makan hanya 1/2orang jer belen lagi 1 1/2 lagi ehem2 mestilah papa yang kena makan. Yelah badan papa pun besar. Kalo orang dok tanya bila nak pregnant. mesti papa dan mama tunjuk kat perut papa nie.

Tapi sekarangnie dah berTUKAR (jerit macam ultraman nak bertukar tue) selera makan mama bertambah. papa dah xleh ambil separuh bahagian tue. Yang tue papa dah trigger yang mesti ada sesuatu. Kuch2 ho ta hei

simtom yang kedua pula. Yang nie paling ketara untuk papa rasakan yang mama dah mengandung. Perkara nie jadi dalam 2-3 hari sebelum pergi checkup. Sebelum nie kalo mama pasang kipas untuk tidur mesti dari mula sampai abis buka no.5. Papa yang sebelum ini mengawalkan sikap sederhana didalam pemasangan kipas(buka no tengah2 (3)) pun telah didik oleh mama untuk pusing terus ke no. 5.

Tapi sekarang nie amazing bro. kelajuan tersebut akan membuat mamamu menggigil. papa pun pusing ke No.3, itu pun mama kata sejuk. sekarang nie bila nak buka kipas rage dari no.1 hingga no.3. hehehe

buat masa nie tulah dua simtom yang papa nampak dekat mama yang sedang mengandungkan mu wahai cintaqu.

Berita Happy mappy

0 comments
Dari papa

Hari nie 19 09 2011, papa dan mama ke poliklinik UKM di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
Mama dah beberapa hari sakit pewot so papa bawalah mama berjumpa doktor.

Bila jumpa doktor tue dia bagitau yang mama mengandungkan baby dah 1bulan setengah dan duedate untuk baby bersalin pada bulan Mei 2012

Mula-mula

0 comments
Dari Papa

Assalamualaikum w.r.b.t

Blog ini papa dan mama buat khas untuk baby tersayang. cutenyer dier ala tome2... hehehe...

Blog ini dinamakan Anak Satu Malaysia bcoz didalam jiwa anakanda ada keturunan satu malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan Jawa

Sekian TQ
 

Anak Satu Malaysia Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Blogger Styles | Best Credit Cards